Thursday, April 25, 2013

di mana nak cari kertas bunga tisu @ bunga crepe

ha ni adalah next projek aku.buat bunga tisu @ bunga crepe. dah tak lama ag nak bertunang n berkawen aku pk baek aku cari altenatif jimat lg bagus kan. so jom kita enjoy buat bunga tisu ni..

di mana nak dapatkan keras tisu ni?
aku jumpa tisu warna or napkin di IKEA.tp warna2 dia limited.so frush jugak la xdk warna baby pink n baby blue. so dah alang2 p IKEA aku pon bli warna merah.

ini je warna y ada.saiz mcm tisu kt kedai mkn selalu bg tuu..bg tisu dia kualiti la.sekeping tisu ada 3 lapis.so 1pakej ada 50pcs,hatga rm11.90.kalau ada member card boleh dapat harga rm8.90.

nak tgk hasilnya..Tadaa....
cantikkan..mcm tak caya je aku buat..nanti aku buat tutorial wokey..boleh la kita kongsikan bersama2..

oleh sebab tema aku nk bertunang warna baby pink n baby blue,,so xpuas hati la..google2 terbaca y kertas crepe pon boleh guna,so ajak la en.buahati teman p One Utama nk p kedai hadiah..pusing punya pusing jumpa.sekeping ada y jual rm4.90. mahal oo..walaupon saiz besar kad manila.kat Popular rm2.00 tp kertas dah rosak plak..so cari2 ag,br jumpa.sekeping rm1.20.terus beli la 6 keping.ingat balik nk potong2.nama paper tu, "soft paper".balik je rumah terus buat bunga..

 xterang kn warna dia.mcm kurang nek seri.tp bila gabungkan ngn merah.cun jugak. next aku buat tutorial k.. waaalah =)



lamanya xupdate blog..

wah lmanya x update blog..
sekarang saya dah konvo.tu y penting kan..

ni la pic aku bersama cinta hatiku.haziq e'ajis.
alhamdulillah dah selesai..keja pon dah skrg. so the next step,,kmi akan bertunang 26/5/2013 di kampungku di perlis..
doakan kasih sayang kami ke jinjang pelamin dan kekal sampai syurga ea...

Friday, August 6, 2010

Saat menilai cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Monday, July 5, 2010

aku wanita biasa


macam2 aku n mat azik uat bersama.byk memory kami.yela kami berkenalan sejak tahun 2004.masa 2 kami masih tingkatan 4.sudah 6 tahun kami berkenalan tapi kami mengenali hati masing2 baru 3tahun.

Dalam mencari erti pengenalan dan persamaan yang ada dalam diri kami berdua,kami menempuh macam2 onak dan duri. baik dan buruk perangai masing2.kami sedaya -upaya cuba memahami.ada kalanya habit buruk ku tidak dapat mat azik terima dan ada kalanya habit baik mat azik sukar aku mengerti. Kami berasal dari keturunan dan latar belakang yang berbeza.ya aku kacukan india,bugis dan melayu manakala mat azik berketurunan jawa.kami bukan sahaja mempunyai masalah adat berbeza bahkan masalah pertuturan di awal perkenalan kami.seperti ayam bercakap dengan itik.itulah kami...

Semakin hari semakin kami serasi. banyak benda yang aku dan mat azik belaja.yela aku berasal dari perlis dan melanjutkan pelajaran ke UIA di kuala lumpur, manakala mat azik y berasal dari selangor menyambung pelajaran ke UNIMAP yang terletak di negeri kelahiran aku.ye di mata kawan2 kelihatan kami pasangan yang ideal. Ada di antara kawan ku yang jelos dengan aku dan memanggil aku pasangan yang romentik.melihat teddy bear bear yang banyak di bilikku akan membuatkan sesiapa pon jelos..

oooowh.... harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.."lidah lagi kan tergigit,inikan suami isteri"..bermacam2 perumpamaan yang sering di kaitkan dalam perhubungan.sebenarnya dalam benak hatiku sering kali memuji orang2 dahulu yang bijak mengenali ragam manusia.aku berharap akulah orang yang paling mengenalinya selepas ibunya,tetapi ...aku belom sampai ke tahap itu.aku masih jauh untuk sampai ke tahap itu.kami sering bergaduh.kadangkala ku rasa hilang seri hubungan kita.di mana mat azik yang kelakar dahulu?di mana diriku yang sempoi dahulu..kembalikan....aku rindu diriku yang dahulu.nakal tetapi aku bukan jahat.sekarang aku jahat.aku berdosa terhadap ibu bapa dan diriku.mak,abah ampunkan dosa anakmu ini..

dalam setiap angan-anganku pasti ada terukir nama mat azik.aku bermimpi dapat hidup bersamanya.aku uat semua ni untuk dia.aku belaja memasak,menjahit..untuk apa aku lakukan semua nie?..aku nk prepare diri ke alam umah tangga yang aku impikan bersama mat azik..kenapa aku di sakiti.apa salah aku.aku pon manusia biasa.tolonglaa ..

aku wanita biasa yang banyak kekurangan............................

Friday, June 25, 2010

Polis trafik, kawan baik dan saman

credit to Omarulaill Azmi Majid.

Suatu hari..

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di sini cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawin dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku nak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama perhatikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi. "Jadi, kau nak saman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala.." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta Harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja. "Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini?

Ternyata lesen memandu dan kad pengenalan dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

Quote:

"Harun,

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia, dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini.
Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.

Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run"

-Jamal-


Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Moral of the story: Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Saturday, June 5, 2010

about chenta


chenta

aku berdoa agar chenta aku n mat azik berkekalan hingga ke mati.ye aku xmalu menyatakan aku chenta sama mohd haziq bin e'ajis.aku harap dia pon sama..amin....

ecesa kayak's day


ecesa namsudnya electronic computer engineering student associte.aku memegang jawatan head of bereau sport ecesa.minggu lepas aku merangcang n membuat program nie la.meh arinia ku nak cerita cikit pengalaman aku merancang n mbuat program ni.agak pening n memang pening la bila xcukup tenaga n nak uruskan semo ni.muju la aku ada amat azik yang sentiasa menyokong ada d sisi aku bila aku memerlukan dia.setinggi2 tima kasih aku ucapkan kepada mat azik.yela program ni bjaya pon coz aku mampu hadapi masalah ni..kuatnya aku kerna dia.

program kayak ni diadakan pada kul 5ptg tarikh 1/6/2010.kelam kabut gak bila kul 4ptg aku,mira n huda sampai kat tempat kayak tp ujan dah start turun.aku dah start isau.yela makanan aku dah sediakan tok 3oowg,minuman lak.yang mira cadangkan lau ujan xberhenti kita jual je kueh ni dari bilik ke bilik..huk3xsanggup aku nak batalkan program y dah ready ni tp cuaca lak x izinkan.ujan canma diowg nk men kan..aku berdoa bg cuaca cerah.muju la Allah swt tunaikan doa aku n cuaca kembali cerah.tepat pukul 5 cuaca betol2 dah cerah n ramai lak kawan2 aku n mkol n msg nk dtg kayak.tersengum aku makin melebar bila ramai yang datang melebihi jangkaan.minuman yang aku sedaikan cukuo2 je tp aku n subcome aku xdapat minum bcoz xckup tp makanan cukup la.hehe..nazri org yang handle kayak 2 mmg bek n dia bawak 2org alia, linda.diowg pon mmg bek.

lepas je habis semo ni aku tnya la feedback dari participant yang datang n diowg pon mmg ckp puas ati n bes.lega sgt bila dengar smo 2.hehe..pengalaman kan.pas ni nk wat program ag dah bertambah yakin la.hehe