Monday, March 22, 2010

Exam fever

Minggu ni Lala start final semester exam..mula dari selasa ni sampai 07.04.2010.ada 6 paper dia kena lalui..Biasa la kan final exam memang la penat,tension stress semua ada.Lala ada juga bagitau aku yg dia penat la tak paham la.tapi apa2 pun dia kena lalui juga.tapi yang bestnya even dia penat, stress dia still boleh ketawa,hepi2..so ari sabtu lepas aku ajak Lala pegi jalan2 sambil study. bagi release tension sikit.nak buat dia natural balik.sambil tu boleh la sedut angin lain.tak la asyik angin bilik je..petang sabtu tu kitorang naik Genting Highland.Just untuk suka2 je..ambik angin malam,main basketball..
Hadiah token

aku tak plan pon benda ni tapi ia datang tiba2..terus aku buat..kejap je..pukul 10 malam kitorang turun balik rumah.sampai rumah aku suruh la Lala study tapi sejam je tahan..lepas tu masing2 tido.
ahad pagi pulak kitorang bangun awal..pukul 6.30 pagi.Lala nak study..aku just nak teman je..tapi tak tau la..cepat je masa berlalu..sedar2 dah pukul 11..tak sempat nak study..langsung tak buka buku.lepas je mandi kitorang terus gerak pegi Giant Batu Caves..Lala kata dia nak beli makanan & buah2 sikit..aku pon follow je la..kitorang lunch kat situ juga tapi lepas lunch tu aku ajak lala makan sate kajang..aku just nak melepaskan hajat aku je..hee..

Sebelum aku hantar Lala balik kat UIA, aku bagi pen aku kat dia.saja buat semangat sikit. For U Lala,gudluck for your exam..do your best..handle your emotion easily..and dont forget your solat ok..gudluck mama!


Monday, March 15, 2010

Sukan Pelajar UniMAP 2010 (Ragbi 10's)


Sabtu & ahad lepas,buat pertama kalinya dalam 5 tahun lepas aku tinggalkan ragbi,aku main semula..kali ni dalam Kejohanan Sukan Pelajar Antara Fakulti UniMAP 2010. Kali ni aku main posisi hooker & scrumhalf.Penat memang penat..fitness aku dah takde.badah dah mengembang dah.tapi berbaloi..sekurang-kurangnya dgn hanya training 2 kali je kitorang dapat jadi naib johan.memang aku tak sangka..sepanjang aku skodeng team2 lain training,aku nampak la jugak team diorang lagi kuat.formation pon ok..tapi maybe team aku chemistry lagi kuat ditambah pulak dgn strategi terbaik punya tu yang boleh dpt hasil..memang tak sangka dari peringkat kumpulan sampai semi final,team kitorang boleh buat try dgn banyak..yang aku ingat cuma sekali je kitorang kena try dari opponent..tu pon sebab referee mistake..dari peringkat group sampai semi, average try yg kitorang buat lebih kurang 4 try per game..tapi bila dah sampai final,kitorang pulak kena jadi lauk..hee..tapi tak heran la..lawan final time tu banyak star player..ex-cobra pon ada..so tak malu sangat la..at least game tu boleh buat pengalaman untuk kitorang.just enjoy the game..dua tahun lagi,target champ!hee..


Team aku

aku tengok je...hee

Kenangan

Hari ni dah cukup setahun aku tinggalkan TV3. .rasa macam baru semalam je aku resign..terasa lagi aura2 kawan2 aku kat sana..teringat kat Ben,Amy, Shahrol, Ashrudy, Kak Rock,Kak Liza, Abg Nas, Ustaz ramai lg la..Hari ni tiba2 aku terbuka gambar time tu..memang best.memang happening time tu..tengok gambar time kitorang buat Idola Kecil,nickelodeon.tak tau nak kata apa..Tapi semua tu tinggal kenangan dah..kenangan yg aku takkan lupakan..sepanjang aku kerja kat TV3,aku seronok sangat..Selain kerja ni kerja yg memang aku suka,suasana kat sana best even kadang2 ade pressure juga tapi aku rasa simple je kat sana. Lepas ni kalau ada rezeki lagi,aku still harap boleh kerja balik di sana..harap2...ni aku share gambar2 waktu tu..

Aku dengan Ustaz
aku main game..hee
Last day..aku dengan supervisor aku (Mr. Benjamin)



Saturday, March 6, 2010

jerawat dtg ag


jerawat?
ungkapan y menyakitkan ati sesiapa shj............geram kot 2 antena nek kt idg ak.dah mcm ubat ak taruk tp still x ilang..xtaw lama mana si jerawat ni nk btahta ats idg ku ini...dah la mkin byk keja,program cm2 nk jalan.susah kot jd owg besa cm ak.nk std final ag..xsampai 2 mgu ag Exam Final...camna nk uat..

aziq ,y mintak maap....
bkn niat y xnak tman b tp bla dah bz siang ari,y cepat je nk tdo...soe sgt2...

saling-memaahami....
dlm perhubungan perlu saling memaahami..yela lau xsaling paham cmna hubungan nk kekal lma kn.....ak btuah coz even ak n aziq bcinta jarak jauh tp kmi still go on wit epi relationship...pasangan mn x pnh kna badai..kami pon xterlepas dr smo itu tp alhamdulillah kami btahan..good communicataaion is important in ones relationship...tambah2 kmi jauh.mmg kna msg2 pcaya la..

Hanging out


Pukul 1.40 pagi tadi lepas je Lala masuk tidur,aku tak tau nak buat apa dah..Memang aku tak ngantok lg time tu..So datang pulak idea gila aku..Aku ajak Zamry dengan Fendi pegi supper kat KFC..bukan supper actually.makan snack plate kot..haha..memang terbek punya idea.Time tu duit kat wallet aku tak sampai RM50 pon..memang steady rock je pegi sana..Nasib baik KFC boleh pakai kad..kalau tak kitorang kena jadi cleaner la kat KFC tu..Si lala memang tak tau aku pegi KFC coz time tu dia dah tido..malas pulak nak kejot nak bagitau aku nak pegi KFC.Kacau dia pulak nanti (actually aku memang malas nak bagitau..hehe)..Best juga la sedot angin malam..Lagi pulak malam tadi malam minggu..memang terbaek la..Tapi suasana tak la sesibuk KL..Biasa la..Kangar kan..Tapi aku suka suasana macam ni..Relax je..tak tension2 drive..Tak la marah2.Meman terbaek la Kangar..hehe..Dulu aku selalu la jugak hanging out midnite dengan member2 aku..lepak kat tepi pantai,makan hotdog bakar.macam2 lg la..usha2 girls.hee.:)



Friday, March 5, 2010

Happy 22 birthday Lala

Tepat pukul 12 malam ni genap la umur si Lala 22 tahun 1 bulan..macam cepat je masa berlalu..macam baru semalam je aku celebrate dengan Lala.Ni dah sebulan dah..tak sedar masa berlalu..Semakin meningkat umur semakin cepat masa berlalu.Banyak benda yang kita dah lepaskan.Banyak benda yang kita tinggalkan..Semuanya jadi kenangan..Teringat zaman kecik dulu.Macam2 aku buat..Kira aku ni hyperactive juga la..Sampai satu hari ustazah aku denda aku sebab active sangat..simple je dia buat..ikat kaki aku kat kerusi sampai waktu rehat..haha.

Anyway aku nak ucapkan selamat hari lahir ke 22 utk Lala..macam biasa la.semoga panjang umur & murah rezeki.semoga menjadi seorang wanita yg bertambah baik,solehah.dan semoga berjaya dlm hidup..Thanks for your love,understanding,support to me.Remember that we(I,mak,abah,abang,kakak,adik,tok, +++) will always be with U. and 1 more thanks for your honor being your husband..heee :)

Aku nak share la gambar time kitorang celebrate birthday Lala.Just buat biasa2 je..kawan2 rapat je.

Surprise untuk Lala :)


Kek biasa je

Lepaskan saja gelas itu


Hari ni aku nak share something yang aku baca dari blog lain..Memang best..buat aku fikir balik benda ni..tak rugi la baca. credit to www.isuhangat.net

Kisah motivasi;

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”

Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa

Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”


Internet

Malam ni baru la aku boleh online balik..Dua hari takde internet.memang tak best.Tapi takpe la.sekurang-kurangnya aku boleh buat kerja2 aku yang betimbun-timbun.Ni pun aku online guna wifi dari student mall.nasib baik dapat wireless..hehe