Wednesday, May 26, 2010

FAMILY PLANNING

gaya seowg mama....




FAMILY PLANNING....
tlintas lak kat kepala ni tgh2 mlm ni..bes kan ada baby sendiri.xsabar tp tetap gak kna bsabar coz aku masih ag bergelar penuntut university n abah dah warning apahal pon after dapat degree br boleyy... cannot now!!

tetiba je tpk pasal baby.camni citer die..mgu lpas aku n azik kua g midvalley g tgk robin hood.then, we go to umah pak cu man nk amek bahedak kat sana.mula2 2 aku xnk nek umah coz malu..tp pas pk2 balik xsopan lak lau xsinggah umah pak cu man.agpon aku tingin gak nk tengok irs.arini aku dah g tgk tp time 2 iris baru lahir n cu lina dlm pantang ag.dan aku n azik da belikan 1set pakaian baby.kitaowg shoppng kat da curve.bes oo shoppng pakaian baby.1st time kot ktaowg g bli pakaian baby n dah berangan kot nk ada ank sndiri.aku pilih wana baju iris punya la lama gla.last2 pink gak jd pilihan ati...

iris tgh tdo..tenang kan muka dia..ni la muka syurga coz bdk2 xuat dosa ag..



nie kiranya dah 3rd time aku g tgk iris coz pagi sab2 pon ak dah g umah pakcuman tp skejap je aku datang.hehe...ptg 2 kul 7ptg aku datang ag..kali ni aku pakinsen kot..punya nk uat cool tp entah mengapa aku hampir xdapat kawal diri aku.hehe..ingat aku n azik nk dtg kejap je cam pagi td tp tm aku baru je sampai pak cuman pon balik kejo.sembang2 pas2 dia suh tggu solat magrib.habis je solat pakcuman cakap sblm balik kna mkn dlo.nek darah tinggi ak d buatnya..tp aku kn cool relax ja walaupon xpandai masak tp aku punya budi bahasa y tggi.

"mak pnh bpesan penyegan mana pon kita tp lau g umah owg kna pandai bwk diri n ringankn tulang y berat 2"..bunyi cam kelakr je ayat 2 tp besar makna 2..

lepas je cuman ajak aku makan mlm kat c2.aku on je bab makan kn.cam pepatah melayu: "rezeki jgn d tolak musuh jgn d cari"so aku follow je makan c2.almaklum la pak saudara azik,pak saudara aku jgk.xlari ke mana.pusing2 c2 gak.aku teros g dapur n tanya apa2 y boley aku bantu tp pakcuman n cu lina xbagi ak tlg.yela ak mintak nk tumbuk sambal.agak kampung kan aku.agaknya diowg xmkn sambal,aku slamber je mintak nk uatkn sambal belacan.2 salah satu kepakaran y aku reti selain masak air.

selepas cubaab ptama gagal aku pon beranikan diri ckp aku nk watkan air.kali ni aku mmg kentalkan ati n muka cool je.aku slamber bkak peti ais n ketuk ais 2 tp lutut ak lak 'pakinsen'.tangan mgigil leh la aku kelentong cakap ais kan sejok tp ini lutut aku wat hal.aku teruskan bancuhan air aku sampai siap.udah siap laa air oren.entah sedap ke x, aku hentam je.tp muju la sesedap rasa ...hehe

tm makan ag 1 hal,aku pnya malu 2kali suap dah kenyang.agaknya nasik 2 kembang dlm perot.hehe...aku cepat2 makan n basuh pinggan bahedak n pinggan aku.after makn kiowg sembang2 ag sampai kul 9.40mlm br balik..smpat la aku men2 ngn iris dlo..dukung dia,acak2 dia,susukan dia cuma aku gna botol la...haha...









bahedak tgh susukan iris,lala g situ....



mama n papa shopping baju baby

Iris Qalisya


sabtu lepas aku & lala pergi melawat makcik aku yang baru je selamat melahirkan baby baru. Lahir kat Pusrawi bulan lepas.Namanya Iris Qalisya Binti Isman. Ni kali kedua kitorang tengok. 1st time dulu time baru lahir aku tengok kecik je budak ni. Sekarang ni lepas sebulan aku tengok balik dah besar pulak. Comel jugak cousin aku ni. muka macam cina pulak.. sepet je mata die.

Sekarang ni dia dah pandai dah bukak mata. just tak tau berlari je lagi..hehe. Lala suruh aku dukung Iris. Dia kata nak biasakan dukung baby. tapi aku tak berani. Tak tau la.susah nak cakap kenapa aku tak berani pegang. aku tak dapat hidayah lagi nak dukung baby. Nanti la aku dah berani sikit baru la confident..haha.Even aku tak berani pegang baby tapi kalau buat baby aku berani je..hahaha.

Tapi lala ni sama je..Konon berani. Tapi bila Iris menangis sikit dah mula gelabah. Panggil nenek aku. Suruh ambik Iris..berlagak je lala ni..haha.Tapi takpe la. Sekurang-kurangnya lala ada bakat jadi emak orang.Nanti la ea lala..kita buat baby kita sendiri..haha

Thursday, May 20, 2010

Malam Keliwon


Lokasi : Dewan Kg. Bukit Belimbing Kuala Selangor
Masa : 8.30 malam hingga 11.30 malam
tarikh : 20.05.2010

Malam tadi aku ke sana untuk tujuan mengikuti Pidato perdana bersama Y.B Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saja aku datang untuk lihat suasana. Sambil tu aku nak dengar juga apa yang dia nak sampaikan kepada rakyat dan apa yang nak dicanang sebagai modal untuknya menarik sokongan rakyat Kuala Selangor. Sambutan memang meriah. Ramai yang datang. Aku anggarkan lebih kurang 1 ribu lebih yang hadir. Even cuaca hujan renyai tapi aku tengok makin ramai pulak yang datang.


Aku sampai kat sana lebih kurang pukul 8.30 malam dengan kawan aku. Saja naik motor je sebab aku tak nak orang cam kalau aku bawak kereta.Jalan agak sesak dengan orang ramai yang hadir parking kenderaan di bahu jalan membuatkan traffic makin sesak. Nasib baik dengan bantuan pihak penganjur dapat mengawal traffic.

Aku sampai je kat sana sessi ceramah dah pun mula. Dengan bekal air yang aku beli, aku dengar apa yang cuba disampaikan. Memang banyak isu yang dibangkitkan malam tadi. Antaranya isu liwat Saiful Bukhari yang pada kata mereka konspirasi jahat Y.A.B Perdana Menteri untuk memburukkan dan menjatuhkan imej Anwar Ibrahim pada kacamata rakyat Malaysia dan dunia.
Memang dengan isu-isu yang dibawa ditambah dengan kredibiliti dan kewibawaan Y.B. Anwar Ibrahim boleh menarik dan menagih simpati sesiapa saja.Kepetahan dan kelantangan bersuara menambah lagi pakej kepada beliau.


Tapi apa yang aku nak share kali ni sebenarnya bukan siapa betul siapa salah. Siapa jaguh siapa kalah.Tapi kita. Sepanjang aku kat sana dari awal aku nampak banyak sikap @ sifat kita sendiri. Aku nampak siapa diri kita sebenarnya. Aku rasa apa pendirian kita.


Aku masih ingat tahun 1998. Sewaktu Anwar baru dipecat dari kabinet Dr. Mahathir, aku follow juga ceramah-ceramah macam ni. Tapi kemungkinan pada masa itu aku masih kecil remaja. Aku masih tak mampu untuk menilai. Memang susah untuk aku tetapkan pendirian aku. Tak tahu hala tuju. Sekadar mengikut apa yang ku sangka betul.

Sikap kita sendiri menggambarkan keperibadian dan imej diri. Sikap yang tidak berpendirian, tidak teguh membuat kita tiada jati diri. Buktinya masa aku di sana, aku dapat lihat ramai antara yang hadir hanya mengikut apa yang orang suruh. Berperangai bagai lalang ditiup angin. Ke kiri ya ke kana mahu. Apa yang buat kita jadi begini? Kerana ketaksuban atau kerana kita lemah?Mana pergi maruah kita? Mana hilang prinsip kita?

Satu lagi yang aku perasan ialah penglibatan orang muda remaja dalam hal-hal begini. Memang mereka ini pelapis kita suatu hari nanti. Bakal pengganti yang tua. Tapi apa yang boleh mereka fikir masa tahap ini? Tidak terasa kah mereka yang mereka sedang menggadai maruah dan harga negara mereka. Terutamanya remaja melayu. Tidak sedarkah mereka yang kaum-kaum lain sedang dalam usaha untuk mendapat hak kesamarataan dari mereka? Apa tidak kasihan kah mereka kepada pejuang-pejuang bangsa tanah air suatu ketika dulu untuk memartabatkan negara bangsa melayu? Apa lagi yang boleh aku pinta selain kesedaran kaum muda remaja ini agar sedar yang apa yang mereka pegang apa yang mereka percaya ini suatu hari nanti akan memakan diri. Percayalah.

Ya memang aku pro-kerajaan tapi aku tak membuta tuli memekak badak. Aku bercakap atas prinsip kesedaran bangsa. Apa yang boleh kita harap dari kaum-kaum lain? Andai satu hari nanti ditakdirkan Malaysia ini dijajah kembali, kemana kita harus pergi? Apa tidak cukupkah kesejahteraan yang diberi? Apa kurangkah kemakmuran yang dikecapi? Apa tiadakah jaminan keselamatan?

Jadi kita sebagai ahlinya patutnya memperbaiki, memperbetul apa yang salah. Bukan sepatutnya kita berpaling muka, berpaling rasa ke yang lain.Menjadi tanggungjawab kita, amanah kita untuk menjadikan UMNO kembali ke hala sebenar. Supaya rakyat boleh menilai mana yang berkredibiliti memimpin tanah ini.

Wednesday, May 19, 2010

Senarai kekurangan

Based on true story I present to all of you.. :-)

credit to them


Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan.Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan.


Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Abang,saya baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut."Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia... .."


Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.


Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. " Saya akan mulakan dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat. Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir... .."Maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti ?"tanyanya."Oh..tak apa, teruskanlah sayang... " jawab suaminya.


Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia"Sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis".Dengan suara perlahan suaminya berkata "Abang tidak mencatat sesuatupun diatas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku,sayang... ."


Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya.

Bahawa suaminya menerimanya apa adanya... Ia menunduk dan menangis.


Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, depressi, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan,kesukacitaan dan pengharapan.Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk,mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima di sekeliling kita? Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.

Luahan rasa hati

Aku nak share satu ceritera hidup. Kisah benar seorang insan bernama si anak.


Satu hari sedang si anak menghabiskan cuti semesternya, tiba-tiba sang ayah menelefon si anak. Berlaku pertengkaran antara si anak & sang ayah. Sang ayah yang sedari tadi marah dengan perilaku si anak, bertambah marah. Apa yang diucapnya kepada si anak membuat si anak merasa kecewa. Sepanjang perjalanan pulang, si anak asyik memikirkan ucapan yang diperkata oleh sang ayah kepadanya. "engkau nak main-mainkan abah ye??!".
Sedang si anak mengenang peristiwa tadi, tiba-tiba si anak terfikir. Apa tida cukupkah yang aku lakukan selama ini kepadanya? Apa tidak patuhkah aku selama ini dengan keputusannya? Apa tidak turutkah aku selama ini dengan kehendaknya? Apa tidakkah ini yang dimahunya?

Si anak sedar yang selama ini banyak menyusahkan sang ayah. Si anak sedar yang dia tidaklah secerdik anak-anak buah sang ayah. Si anak tahu yang sang ayah pernah membeza-bezakannya dengan anak rakan-rakan sang ayah yang cerdik pandai. Si anak tahu selama ini apa yang diterimanya adalah dari sang ayah sendiri.

Tapi mengapa sang ayah bersikap begini? Apa yang membuatkan sang ayah berfikiran demikian? Adakah kerana desakan orang tuanya tau kerana perangainya memang begitu?

Sudah berpuluh tahun sepanjang si anak dilahirkan sang ayah begini. Apa tidak dewasakah si anak untuk membentuk hidupnya sendiri? Apa tidak layakkah si anak untuk memilih jalan untuk dirinya? Apa tidak bolehkah si anak menikmati hari-hari dewasa dengan tenang?

Kadang kala hati si anak terusik dengan tingkah laku sang ayah. Untuk apa ia mentaati mematuhi menuruti kata dari sang ayah jika sang ayah tidak pernah untuk memahami kehendak di sang anak? Memang benar ini salah satu dari hukum yang mesti dipatuhi oleh setiap muslim tapi kemana hilang hak si anak untuk mengecapi apa yang sepatutnya ia kecapi selama ini?

Adakala si anak terima dengan apa yang diberi oleh sang ayah dan berharap sang ayah menyedari kesilapannya. Tapi harapan yang diharap hanya mainan perasaan. Si anak berjanji satu masa nanti andai diberi peluang untuk mempunyai anak sendiri, si anak tidak akan membiarkan anaknya merasa apa yang pernah bapanya rasai. Cukuplah sekadar bapanya melalui pahit jerit waktu kecil.

Si anak gembira melihat keterbukaan ayah rakan-rakannya yang memberi hak dan kebebasan ber-had kepada mereka. Alangkah indah andai si anak juga menikmati apa yang rakan-rakannya nikmati dari sang ayah.

Ya, memang si anak masih di bawah tanggungan sang ayah. Tapi biarkanlah ia bebas menikmati lingkaran hidupnya sendiri. Tanpa ada paksaan. Tanpa ada kongkongan. Tanpa ada curiga sang ayah. Biarkan ia terbang melintasi malam. Belayar mengharungi siang. Supaya ia tahu & ia rasa erti kehidupan sebenar dalam kacamata sang suria.

*gambar sekadar hiasan

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru



Semalam sempena dengan sambutan hari guru Malaysia, aku ditugaskan untuk sama-sama meraikan guru-guru sekitar kawasan DUN ni. On behalf Yang Berhormat ADUN, aku kena mengagih-agihkan kek hari guru ke setiap sekolah. So semalam aku ke semua sekolah. Bermula dari pagi ke sekolah rendah & menengah. Petang ke sekolah rendah agama pula.Petang semalam aku bersama-sama dengan dua orang kuat YB ADUN. Setiausaha ADUN & setiausaha kerja ADUN.




Memang seronok masuk balik sekolah. Bila jumpa balik guru-guru yang pernah ajar dulu memang seronok.Banyak kenangan-kenangan time bergelar pelajar dulu di kenang balik.Macam-macam benda nak cerita bila jumpa balik.Dan yang paling best aku jumpa balik cikgu yang pernah "dera" aku..haha.Aku ingat dulu waktu tu aku dalam darjah 3. Aku memang nakal gila time kecik. Tapi sekarang aku dah baik dah..haha.Time tu aku la budak yang paling suka buat benda jahat-jahat ni.eh bukan jahat. nakal.wee~~


si budak nakal


Aku nakal bukan nakal biasa je.sampai ada cikgu yang akan backup aku even aku buat salah..kira taiko besar la..haha.Time sekolah dulu, ada satu kedai jual permainan sebelah sekolah aku ni.Aku suka sangat la beli sampai permainan tu aku bawa dalam sekolah. Satu hari kebetulan ada spot check.Kebetulan pulak time tu aku baru je beli satu set street fighter siap dengan patung & gelanggang dia sekali. Aku sasau la time tu. Tiba-tiba aku teringat cikgu yang selalu backup aku ni. Aku suruh dia simpan street fighter aku. Dia dengan rela tolong simpan. Tapi sempat juga aku kena cubit dulu dengan dia. Terpaksa la terima dari street fighter aku kena rampas.hehe. Baik gila cikgu ni. Sampai sekarang aku ingat nama dia. Ustazah Halimaton. Tapi aku tak sure dia kat mana sekarang.lost contact.


Ramai lagi cikgu-cikgu yang aku masih ingat. Cikgu Mazlan guru matematik aku. Cikgu Farah ajar aku subjek sains. Cikgu Shahril yang asah aku jadi player ragbi. Dan semua cikgu-cikgu yang pernah ajar aku baik dalam kokorikulum atau kurikulum.


So sempena dengan sambutan hari guru ni, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar aku. Jasa kalian semua sukar untuk ku lupakan.


TERIMA KASIH CIKGU!

Sunday, May 16, 2010

Bola

Hujung minggu lepas aku isi masa cuti aku pegi tengok perlawanan bola sepak Liga Super antara Selangor vs Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam. Aku bawa sekali Lala. Ye la seumur idup dia tak pernah tengok lawan bola live.haha..Adik-adik aku pon join.saja nak meriahkan stadium.wee~~

Penyokong setia Red Giant

Game ni start pukul 8.45 malam..Tapi kitorang terlambat 10 minit sebab kitorang makan dulu kat Sate Kajang Haji Samuri. Ni adik aku punya pasal la. dia kata teringin makan sate kajang. aku pon bawa je la. lagipun dia kata yg dia nak belanja. siap kata "leave it to me" lagi..speaking pulak. biarlah ko nak cakap german ke india ke, janji ko belanja..hehe.

Adik aku kata nak makan cepat-cepat.Takut tiket abis. Tapi aku dah tau dah tiket takkan abis punya. Excited betul diorang ni.Siap bawa bendera. Aku buat cool je..hahaa. Sampai je stadium aku tengok ramai juga orang datang. Tapi tiket still ada lg. Masuk stadium game dah start dah.Aku ingat nak duduk tengah.. Nak bagi senang nampak. Tapi dah penuh dah.terpaksa la aku duduk tepi. tapi still boleh nampak juga la even view tak berapa cantik.Lala sebelum masuk dia siap-siap beli kuaci.nak buat makan time tengok bola.Aku makan je.


Memang game team dari Malaysia tak sehebat dari team EPL,Liga Sepanyol tapi sebagai rakyat malaysia aku bangga even kita tak sebagus mereka tapi kita berjaya melahirkan banyak bakat-bakat yg boleh dibanggakan.Contohnya player Selangor Amirulhadi Zainal. Character dia lebih kurang player Liga-liga ternama.Mungkin kekurangan kemudahan dan pendedahan yang merencatkan bakat dia ni.

Separuh masa pertama je Selangor dah ketinggalan 2-1. Tapi takpe,Selangor ni team lambat panas. Aku still stay jugak. Start separuh masa kedua baru style game Selangor berubah. BAru nampak sikit sinar..haha. Game agak teratur. Style menyerang & bertahan agak menjadi.Even kadang2 ada juga peluang yg tak disia-siakan. Hasilnya final whistle Selangor menang 4-2. Aku hepi juga la. Tak sia-sia aku datang..haha.

Sebelum balik rumah kitorang lepak dulu kedai mamak.minum-minum dulu bagi hilang haus. Sambil tu boleh la aku tengok Chelsea vs Portsmouth.Sedar-sedar dah pukul 1 pagi. Aku dah ngantok. Lala apa lagi confirm ngantok juga. Bagi je bantal kat dia terus hanyut.Ratu tidur.haha. Balik tu mata aku dah tak tahan dah. So aku suruh adik aku drive.

last score. Selangor 4 - Negeri Sembilan 2

So lepas ni sapa-sapa yang nak join kitorang pegi stadium boleh je..Call aku..tiket bayar sendiri.hehe

Friday, May 14, 2010

Puas hati ke?


harini YB masuk lambat. so bila YB takde, aku la YB.haha. hari ni YB da dijadualkan masuk ofis. So ramai la orang yg tunggu dia. Sementara menunggu YB masuk,aku sebagai orang kuat dia (kuat la jugak) kena la dengar problem2 orang ramai. macam2 aku kena dengar. Tapi ada 1 yang menarik. Ada uncle sorang ni. Keturunan india. dia kata banyak problem. minta bantuan tak dapat, mohon pon tak dapat. boleh kata semua dia tak dapat. aku pon sebagai pekerja yg prihatin aku pon backup la boss aku ni. macam2 la aku goreng. kira goreng terancang la jugak. Aku tak tau la yg uncle ni paham tak apa yg aku explain@goreng..tapi dia asyik angguk je..kira paham la tu.haha. Tapi uncle ni ayat dia sepatah haram aku tak paham. apa yg dia nk sampaikan kat aku pon aku sendiri confuse. tapi aku boleh agak la yg dia ni tengah tak puas ati dengan boss aku ni. last2 au cakap "okey uncle, pukul 3 ni uncle datang balik. uncle cakap sendiri dengan YB. apa yg uncle tak puas hati uncle cakap. nanti uncle datang I bagi org 1st yg jumpa YB"..hehe. uncle ni angguk je."okey2 bereh".dia kata.hehe.

Apa yg aku nak bagitau kat sini sebenarnya susah kita nak puaskan semua orang. kadang-kadang kita dah buat apa yg sepatutnya kita buat tapi masih tak boleh nak puaskan semua. Contohnya boss aku ni. Dia dah jalankan tanggungjawab dia sebagai wakil rakyat. tapi ada juga yang tak puas ati.sentiasa mencari salah orang lain. dalam kes uncle ni, aku dah refer dekat fail dia. memang YB dah salurkan dana yg sepatutnya pada dia tapi mungkin sifat tamak yg membelenggu diri sentiasa buat dia tak puas.sentiasa buat dia tak mensyukuri apa yg diberi. memang hak kita sebagai rakyat untuk meminta yg terbaik pada yg berkuasa dimana dalam kes ni wakil rakyat adalah orang yg berkuasa tetapi kita kena fikir adakah layak kita untuk meminta lebih dari sepatutnya? adakah hanya untuk kemewahan, kesenangan, kelangsungan hidup kita sanggup bersifat tamak dan jahil? Sebagai rakyat kita juga perlu paham yg bukan kita saja yg berhak utk kesenangan. fikirkan orang lain yg lebih perlu yang lebih terdesak dari kita.

kuasa memilih terletak di tangan kita.

Tuesday, May 11, 2010

Jalan-jalan cari pasal

Hujung minggu lepas aku lepak kat Berjaya Hill Pahang. saja nak ambik angin. Lagipun aku tak pernah pun sampai sana lagi. Aku buat review kat blog-blog, searching internet. Mostly kata tempat ni best. tempat tenangkan fikiran, hanging out together, refresh balik body. tu yang aku teringin nak pegi. Kebetulan kawan aku dari Jitra singgah rumah aku. So dia pon teringin jugak.


K.A.M.I

Seramai 4 orang peserta mengikuti lawatan ini..ceh macam berita pulak.haha.. aku pergi be-4. Biasa la Lala mesti follow aku sekali.For sure dia taknak tinggal kat rumah. lagi-lagi kalau dia tau yg aku nak pegi jalan2. Confirm follow aku punya.hehe.. Kami sampai sana pukul 3 petang. Aku ingat suasana sejuk macam kat Genting Highland tapi suasana biasa je. Tak la sejuk sangat macan kat Genting. Just macam awal pagi di kampung.

zaman robin hood

1st time aku sampai. memang excited. Sebelum masuk sana, korang akan jumpa 1 pondok guard. Untuk sampai puncak, biasa la jalan mesti mendaki. Tapi tak curam sangat. Standard jalan nak pegi Cameron Highland guna exit Simpang Pulai. Tapi tak la jauh nak sampai puncak. Tapi aku nak nasihat kat korang yang 1st time mcm aku. Beware dengan bonggol yang ada kat sana. Tengah2 aku speed tiba2 ada bonggol. And 1 more, untuk kenderaan sport atau yang rendah macam aku, take care la. Coz bonggol yang ada kat sana agak tinggi. tiap kali bonggol je aku terpaksa drive menyenget. Takut kereta aku tersangkut. Tapi banyak kali juga la kereta aku sangkut kat bonggol.Nasib baik la sekali ni je aku naik. kalau hari2 aku naik,koyak kereta aku.. :-D

seni la konon.

Kat atas tu aku rasa ada 3 taman je. Rabbit farm, Botanical garden & perkampungan Jepun. Semua aku masuk kecuali rabbit farm je. Tapi sebelum nak masuk kat Botanical garden & perkampungan Jepun ni, ada 1 kaunter tiket. Seorang RM12. Dari kaunter tiket nak pegi dua tempat ni jauh la juga. Jalan curam & starting dari mula sampai penghujung jalan hanya mendaki je. takde pon yang landai @ menurun. So sebelum korang nak naik, better service kereta korang. Takot nanti engine temperature naik pulak..wee~~.

Dah sampai sana kena pulak parking kereta kat parking lot coz kenderaan tak boleh naik kat taman2 ni. Kena jalan kaki naik bukit. dalam 10 minit je dari car park.Tapi bila sampai je sana aku pelik. Dalam hati aku "Eh kenapa simple sangat tempat ni? ". macam tak menarik je. Yang ada kat sana just rumah jepun, taman bunga. tu je. Tapi boleh la.kalau nak merasa suasana jepun.pakai kimono. Ok la. Lepas turun dari taman ni kami pegi Tropicale pulak. Kat sana suasana France pulak. Bangunan, style semua cara france. memang rasa macam pegi France la..hehe. Confirm aku tangkap gambar. buat kenang-kenangan. Konon2 aku pegi France la..haha

Sepetang aku kat Berjaya Hill Bukit Tinggi banyak benda yang boleh aku conclude kan.Positive & negative feedback. Boleh la korang guna kalau korang nak pegi sana nanti.Antaranya;
  1. Enjoy suasana kat sana. Even kat Malaysia tapi satu masa tu korang akan rasa yg korang bukan kat Malaysia.
  2. Makanan kat sana pun tak la mahal sangat. Harga berpatutan dengan tempat tu.
  3. Senang je nak cari. Tak payah google map pon boleh jumpa. Direct je guna Karak Highway. Terus jumpa exit Berjaya Hills.
  4. Penginapan agak mahal. Tapi berbaloi kalau nak rasa suasana berbeza dari Malaysia. Sapa yang tak nak stay kat Bukit Tinggi, still boleh cari hotel@apartment lain area sana. Aku suggest stay kat Selesa Hillhomes. Harga berpatutan dgn service yg diberi.
  5. Tempat ni sesuai utk orang yg nak relax,tenang. So kepada orang2 yg nak activity, adventure ni bukan tempatnya. KOrang pegi la Genting Highland ke.Baru kena.
  6. Tak sampai 1 hari pun korang boleh abiskan semua aktiviti kat sini. So prepare la aktiviti lain contohnya paintball, pool. Boleh juga isi masa korang.
  7. Yang aku tak berapa suka, jalan mendaki ke perkampungan jepun sangat curam.Kena guna gear 1 je.And jalan on the way naik atas tak ceria. Rumput berselerak. Sampai aku fikir betul ke ni Bukit Tinggi. Macam ngeri je. Aku harap pihak management boleh la bagi ceria sikit. buat decoration kat entrance gate. baru meriah sikit. Contoh macam Genting. baru la orang confident nak masuk.

Sunday, May 9, 2010

Kerja sementara

Jumaat lepas hari pertama aku bekerja sebagai Personal Assistance (PA) kepada ADUN kawasan aku.Kerja sementara je time cuti semester ni. lagipun PA YB ni tengah cuti bersalin. Aku takeover sementara. Even ni kerja semantara je tapi aku rasa semangat pula nak kerja kat sini. Memang rasa teruja la juga masuk ofis. Dah lama aku tak masuk ofis. So ni kiranya bukan la 1st experience aku masuk ofis. Tapi bezanya kali ni ofis baru aku ni tempat orang2 mengadu masalah,minta bantuan, sokongan. Compare dengan ofis aku yang dulu memang lain. Dulu aku just buat kerja untuk aku je tapi sekarang aku buat kerja untuk orang. Tambah2 lagi aku ni kurang pengalaman dalam politik ni. Memang mencabar minda aku juga la.

1st day je aku dah jumpa macam2 hal. Start dari pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang still ramai orang datang. Dari yang tua sampai yang kecik semua nak jumpa YB. Memang busy la aku tengok orang yang bergelar YB ni. Aku ni PA dia pon busy. Kena la layan. Suruh buat surat permohonan la, minta approval la minta support la semua ada. Kalau nak kira berapa banyak orang yang datang memang tak cukup jari aku. Kena pinjam jari korang baru cukup..hehe. tapi ni la dunia politik. Lain dengan yang lain. Tapi seronok. Yang paling seronok bila ada je orang bagi macam2 kat aku.. Bagi air , makanan macam2 lagi la..Tapi jangan la pulak anggap ni rasuah. Biasa la.maybe diorang kesian tengok aku. So bagi la sikit2 makanan..ahha.

Sepanjang satu hari aku kerja macam2 perangai yang aku jumpa. Puji,sanjung, kutuk, umpat semua ada. Tapi ada satu orang yang aku jumpa ni betul2 aku tak faham. Dia datang nak minta bantuan YB tapi sebelum jumpa YB dia punya la kutuk si YB ni. Ini tak kena itu tak kena. Last2 minta bantuan YB juga..Pelik2.. Orang macam ni pon ada ke? ish3.

Tapi aku kesian kat Lala. Start hari isnin aritu dia puasa ganti. 1 minggu. Setiap hari dalam minggu tu aku busy je. Tiap2 hari dia ajak aku teman dia berbuka. Tapi aku tak sempat. So hari jumaat tu aku janji kat dia yang aku akan eman dia berbuka. Aku janji nak bawak dia pegi berbuka kat luar. Tapi banyak pulak kerja aku ari tu. Pukul 7 aku still tak balik lg. sampai la pukul 8 malam. So sekali lagi dia berbuka sorang. Sori. Bila aku sampai aku ingat dia marah tapi dia faham kerja aku. dia kata tak apa. Tapi aku tau dalam hati dia mesti kecewa..sori Lala. So lepas sampai je aku terus keluar balik. tak payah mandi aku pegi bawak lala makan kat luar. Rasa la juga tomyam. sedap.heh.

~~~~