Jumaat lepas hari pertama aku bekerja sebagai Personal Assistance (PA) kepada ADUN kawasan aku.Kerja sementara je time cuti semester ni. lagipun PA YB ni tengah cuti bersalin. Aku takeover sementara. Even ni kerja semantara je tapi aku rasa semangat pula nak kerja kat sini. Memang rasa teruja la juga masuk ofis. Dah lama aku tak masuk ofis. So ni kiranya bukan la 1st experience aku masuk ofis. Tapi bezanya kali ni ofis baru aku ni tempat orang2 mengadu masalah,minta bantuan, sokongan. Compare dengan ofis aku yang dulu memang lain. Dulu aku just buat kerja untuk aku je tapi sekarang aku buat kerja untuk orang. Tambah2 lagi aku ni kurang pengalaman dalam politik ni. Memang mencabar minda aku juga la.
1st day je aku dah jumpa macam2 hal. Start dari pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang still ramai orang datang. Dari yang tua sampai yang kecik semua nak jumpa YB. Memang busy la aku tengok orang yang bergelar YB ni. Aku ni PA dia pon busy. Kena la layan. Suruh buat surat permohonan la, minta approval la minta support la semua ada. Kalau nak kira berapa banyak orang yang datang memang tak cukup jari aku. Kena pinjam jari korang baru cukup..hehe. tapi ni la dunia politik. Lain dengan yang lain. Tapi seronok. Yang paling seronok bila ada je orang bagi macam2 kat aku.. Bagi air , makanan macam2 lagi la..Tapi jangan la pulak anggap ni rasuah. Biasa la.maybe diorang kesian tengok aku. So bagi la sikit2 makanan..ahha.
Sepanjang satu hari aku kerja macam2 perangai yang aku jumpa. Puji,sanjung, kutuk, umpat semua ada. Tapi ada satu orang yang aku jumpa ni betul2 aku tak faham. Dia datang nak minta bantuan YB tapi sebelum jumpa YB dia punya la kutuk si YB ni. Ini tak kena itu tak kena. Last2 minta bantuan YB juga..Pelik2.. Orang macam ni pon ada ke? ish3.
Tapi aku kesian kat Lala. Start hari isnin aritu dia puasa ganti. 1 minggu. Setiap hari dalam minggu tu aku busy je. Tiap2 hari dia ajak aku teman dia berbuka. Tapi aku tak sempat. So hari jumaat tu aku janji kat dia yang aku akan eman dia berbuka. Aku janji nak bawak dia pegi berbuka kat luar. Tapi banyak pulak kerja aku ari tu. Pukul 7 aku still tak balik lg. sampai la pukul 8 malam. So sekali lagi dia berbuka sorang. Sori. Bila aku sampai aku ingat dia marah tapi dia faham kerja aku. dia kata tak apa. Tapi aku tau dalam hati dia mesti kecewa..sori Lala. So lepas sampai je aku terus keluar balik. tak payah mandi aku pegi bawak lala makan kat luar. Rasa la juga tomyam. sedap.heh.
~~~~