Semalam sempena dengan sambutan hari guru Malaysia, aku ditugaskan untuk sama-sama meraikan guru-guru sekitar kawasan DUN ni. On behalf Yang Berhormat ADUN, aku kena mengagih-agihkan kek hari guru ke setiap sekolah. So semalam aku ke semua sekolah. Bermula dari pagi ke sekolah rendah & menengah. Petang ke sekolah rendah agama pula.Petang semalam aku bersama-sama dengan dua orang kuat YB ADUN. Setiausaha ADUN & setiausaha kerja ADUN.
Memang seronok masuk balik sekolah. Bila jumpa balik guru-guru yang pernah ajar dulu memang seronok.Banyak kenangan-kenangan time bergelar pelajar dulu di kenang balik.Macam-macam benda nak cerita bila jumpa balik.Dan yang paling best aku jumpa balik cikgu yang pernah "dera" aku..haha.Aku ingat dulu waktu tu aku dalam darjah 3. Aku memang nakal gila time kecik. Tapi sekarang aku dah baik dah..haha.Time tu aku la budak yang paling suka buat benda jahat-jahat ni.eh bukan jahat. nakal.wee~~
Aku nakal bukan nakal biasa je.sampai ada cikgu yang akan backup aku even aku buat salah..kira taiko besar la..haha.Time sekolah dulu, ada satu kedai jual permainan sebelah sekolah aku ni.Aku suka sangat la beli sampai permainan tu aku bawa dalam sekolah. Satu hari kebetulan ada spot check.Kebetulan pulak time tu aku baru je beli satu set street fighter siap dengan patung & gelanggang dia sekali. Aku sasau la time tu. Tiba-tiba aku teringat cikgu yang selalu backup aku ni. Aku suruh dia simpan street fighter aku. Dia dengan rela tolong simpan. Tapi sempat juga aku kena cubit dulu dengan dia. Terpaksa la terima dari street fighter aku kena rampas.hehe. Baik gila cikgu ni. Sampai sekarang aku ingat nama dia. Ustazah Halimaton. Tapi aku tak sure dia kat mana sekarang.lost contact.
Ramai lagi cikgu-cikgu yang aku masih ingat. Cikgu Mazlan guru matematik aku. Cikgu Farah ajar aku subjek sains. Cikgu Shahril yang asah aku jadi player ragbi. Dan semua cikgu-cikgu yang pernah ajar aku baik dalam kokorikulum atau kurikulum.
So sempena dengan sambutan hari guru ni, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar aku. Jasa kalian semua sukar untuk ku lupakan.
TERIMA KASIH CIKGU!

