
Lokasi : Dewan Kg. Bukit Belimbing Kuala Selangor
Masa : 8.30 malam hingga 11.30 malam
tarikh : 20.05.2010
Malam tadi aku ke sana untuk tujuan mengikuti Pidato perdana bersama Y.B Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saja aku datang untuk lihat suasana. Sambil tu aku nak dengar juga apa yang dia nak sampaikan kepada rakyat dan apa yang nak dicanang sebagai modal untuknya menarik sokongan rakyat Kuala Selangor. Sambutan memang meriah. Ramai yang datang. Aku anggarkan lebih kurang 1 ribu lebih yang hadir. Even cuaca hujan renyai tapi aku tengok makin ramai pulak yang datang.

Aku sampai kat sana lebih kurang pukul 8.30 malam dengan kawan aku. Saja naik motor je sebab aku tak nak orang cam kalau aku bawak kereta.Jalan agak sesak dengan orang ramai yang hadir parking kenderaan di bahu jalan membuatkan traffic makin sesak. Nasib baik dengan bantuan pihak penganjur dapat mengawal traffic.
Aku sampai je kat sana sessi ceramah dah pun mula. Dengan bekal air yang aku beli, aku dengar apa yang cuba disampaikan. Memang banyak isu yang dibangkitkan malam tadi. Antaranya isu liwat Saiful Bukhari yang pada kata mereka konspirasi jahat Y.A.B Perdana Menteri untuk memburukkan dan menjatuhkan imej Anwar Ibrahim pada kacamata rakyat Malaysia dan dunia.Memang dengan isu-isu yang dibawa ditambah dengan kredibiliti dan kewibawaan Y.B. Anwar Ibrahim boleh menarik dan menagih simpati sesiapa saja.Kepetahan dan kelantangan bersuara menambah lagi pakej kepada beliau.

Tapi apa yang aku nak share kali ni sebenarnya bukan siapa betul siapa salah. Siapa jaguh siapa kalah.Tapi kita. Sepanjang aku kat sana dari awal aku nampak banyak sikap @ sifat kita sendiri. Aku nampak siapa diri kita sebenarnya. Aku rasa apa pendirian kita.

Aku masih ingat tahun 1998. Sewaktu Anwar baru dipecat dari kabinet Dr. Mahathir, aku follow juga ceramah-ceramah macam ni. Tapi kemungkinan pada masa itu aku masih kecil remaja. Aku masih tak mampu untuk menilai. Memang susah untuk aku tetapkan pendirian aku. Tak tahu hala tuju. Sekadar mengikut apa yang ku sangka betul.
Sikap kita sendiri menggambarkan keperibadian dan imej diri. Sikap yang tidak berpendirian, tidak teguh membuat kita tiada jati diri. Buktinya masa aku di sana, aku dapat lihat ramai antara yang hadir hanya mengikut apa yang orang suruh. Berperangai bagai lalang ditiup angin. Ke kiri ya ke kana mahu. Apa yang buat kita jadi begini? Kerana ketaksuban atau kerana kita lemah?Mana pergi maruah kita? Mana hilang prinsip kita?
Satu lagi yang aku perasan ialah penglibatan orang muda remaja dalam hal-hal begini. Memang mereka ini pelapis kita suatu hari nanti. Bakal pengganti yang tua. Tapi apa yang boleh mereka fikir masa tahap ini? Tidak terasa kah mereka yang mereka sedang menggadai maruah dan harga negara mereka. Terutamanya remaja melayu. Tidak sedarkah mereka yang kaum-kaum lain sedang dalam usaha untuk mendapat hak kesamarataan dari mereka? Apa tidak kasihan kah mereka kepada pejuang-pejuang bangsa tanah air suatu ketika dulu untuk memartabatkan negara bangsa melayu? Apa lagi yang boleh aku pinta selain kesedaran kaum muda remaja ini agar sedar yang apa yang mereka pegang apa yang mereka percaya ini suatu hari nanti akan memakan diri. Percayalah.
Ya memang aku pro-kerajaan tapi aku tak membuta tuli memekak badak. Aku bercakap atas prinsip kesedaran bangsa. Apa yang boleh kita harap dari kaum-kaum lain? Andai satu hari nanti ditakdirkan Malaysia ini dijajah kembali, kemana kita harus pergi? Apa tidak cukupkah kesejahteraan yang diberi? Apa kurangkah kemakmuran yang dikecapi? Apa tiadakah jaminan keselamatan?
Jadi kita sebagai ahlinya patutnya memperbaiki, memperbetul apa yang salah. Bukan sepatutnya kita berpaling muka, berpaling rasa ke yang lain.Menjadi tanggungjawab kita, amanah kita untuk menjadikan UMNO kembali ke hala sebenar. Supaya rakyat boleh menilai mana yang berkredibiliti memimpin tanah ini.