Tuesday, May 11, 2010

Jalan-jalan cari pasal

Hujung minggu lepas aku lepak kat Berjaya Hill Pahang. saja nak ambik angin. Lagipun aku tak pernah pun sampai sana lagi. Aku buat review kat blog-blog, searching internet. Mostly kata tempat ni best. tempat tenangkan fikiran, hanging out together, refresh balik body. tu yang aku teringin nak pegi. Kebetulan kawan aku dari Jitra singgah rumah aku. So dia pon teringin jugak.


K.A.M.I

Seramai 4 orang peserta mengikuti lawatan ini..ceh macam berita pulak.haha.. aku pergi be-4. Biasa la Lala mesti follow aku sekali.For sure dia taknak tinggal kat rumah. lagi-lagi kalau dia tau yg aku nak pegi jalan2. Confirm follow aku punya.hehe.. Kami sampai sana pukul 3 petang. Aku ingat suasana sejuk macam kat Genting Highland tapi suasana biasa je. Tak la sejuk sangat macan kat Genting. Just macam awal pagi di kampung.

zaman robin hood

1st time aku sampai. memang excited. Sebelum masuk sana, korang akan jumpa 1 pondok guard. Untuk sampai puncak, biasa la jalan mesti mendaki. Tapi tak curam sangat. Standard jalan nak pegi Cameron Highland guna exit Simpang Pulai. Tapi tak la jauh nak sampai puncak. Tapi aku nak nasihat kat korang yang 1st time mcm aku. Beware dengan bonggol yang ada kat sana. Tengah2 aku speed tiba2 ada bonggol. And 1 more, untuk kenderaan sport atau yang rendah macam aku, take care la. Coz bonggol yang ada kat sana agak tinggi. tiap kali bonggol je aku terpaksa drive menyenget. Takut kereta aku tersangkut. Tapi banyak kali juga la kereta aku sangkut kat bonggol.Nasib baik la sekali ni je aku naik. kalau hari2 aku naik,koyak kereta aku.. :-D

seni la konon.

Kat atas tu aku rasa ada 3 taman je. Rabbit farm, Botanical garden & perkampungan Jepun. Semua aku masuk kecuali rabbit farm je. Tapi sebelum nak masuk kat Botanical garden & perkampungan Jepun ni, ada 1 kaunter tiket. Seorang RM12. Dari kaunter tiket nak pegi dua tempat ni jauh la juga. Jalan curam & starting dari mula sampai penghujung jalan hanya mendaki je. takde pon yang landai @ menurun. So sebelum korang nak naik, better service kereta korang. Takot nanti engine temperature naik pulak..wee~~.

Dah sampai sana kena pulak parking kereta kat parking lot coz kenderaan tak boleh naik kat taman2 ni. Kena jalan kaki naik bukit. dalam 10 minit je dari car park.Tapi bila sampai je sana aku pelik. Dalam hati aku "Eh kenapa simple sangat tempat ni? ". macam tak menarik je. Yang ada kat sana just rumah jepun, taman bunga. tu je. Tapi boleh la.kalau nak merasa suasana jepun.pakai kimono. Ok la. Lepas turun dari taman ni kami pegi Tropicale pulak. Kat sana suasana France pulak. Bangunan, style semua cara france. memang rasa macam pegi France la..hehe. Confirm aku tangkap gambar. buat kenang-kenangan. Konon2 aku pegi France la..haha

Sepetang aku kat Berjaya Hill Bukit Tinggi banyak benda yang boleh aku conclude kan.Positive & negative feedback. Boleh la korang guna kalau korang nak pegi sana nanti.Antaranya;
  1. Enjoy suasana kat sana. Even kat Malaysia tapi satu masa tu korang akan rasa yg korang bukan kat Malaysia.
  2. Makanan kat sana pun tak la mahal sangat. Harga berpatutan dengan tempat tu.
  3. Senang je nak cari. Tak payah google map pon boleh jumpa. Direct je guna Karak Highway. Terus jumpa exit Berjaya Hills.
  4. Penginapan agak mahal. Tapi berbaloi kalau nak rasa suasana berbeza dari Malaysia. Sapa yang tak nak stay kat Bukit Tinggi, still boleh cari hotel@apartment lain area sana. Aku suggest stay kat Selesa Hillhomes. Harga berpatutan dgn service yg diberi.
  5. Tempat ni sesuai utk orang yg nak relax,tenang. So kepada orang2 yg nak activity, adventure ni bukan tempatnya. KOrang pegi la Genting Highland ke.Baru kena.
  6. Tak sampai 1 hari pun korang boleh abiskan semua aktiviti kat sini. So prepare la aktiviti lain contohnya paintball, pool. Boleh juga isi masa korang.
  7. Yang aku tak berapa suka, jalan mendaki ke perkampungan jepun sangat curam.Kena guna gear 1 je.And jalan on the way naik atas tak ceria. Rumput berselerak. Sampai aku fikir betul ke ni Bukit Tinggi. Macam ngeri je. Aku harap pihak management boleh la bagi ceria sikit. buat decoration kat entrance gate. baru meriah sikit. Contoh macam Genting. baru la orang confident nak masuk.